Sunday, June 15, 2008

Teg dalam Bahasa Melayu

Saya buat ini khas untuk Datin Christina Ng.

Agak pelik saya 'blog' dalam bahasa Melayu. Tapi tak kisahlah. Jelaslah, tatabahasa saya teruk giler. Jangan ketawa ya!!!

7 fakta tentang saya
  1. Saya rasa kalau saya bertutur dalam BM lebih baik daripada tulis dalam BM. Walaupun dapat A1 untuk SPM, tidak bermakna apa-apa.
  2. Saya tengah bercuti sekarang! Gembira saya... Tak pernah rasa begitu relaks sekali.
  3. Saya sebenarnya dari KUALA LUMPUR. Tak tahu lah kenapa orang lain suka sangat kata saya dari JOHOR BAHRU. Walaupun saya berpindah ke JB sejak Tingkatan 1, hati saya sememangnya orang KL.
  4. Nama saya, adik saya, dan teman lelaki saya ialah CHRIS.
  5. Saya suka memasak dan membuat kek.
  6. Saya selalu berdalih (procrastinate).
  7. Saya akan guna kamus untuk membantu saya menyempurnakan teg ini.

7 perkara yang menakutkan saya

  1. Filem seram.
  2. Semua jenis serangga.
  3. Orang yang tidak jati! Selalu berpura-pura. ish tak boleh tahan.
  4. Berita yang tidak baik, terutamanya kalau berkenaan keluarga/orang yang disayangi.
  5. Berpindah.
  6. Tidak lulus peperiksaan akhir tahun ini.
  7. Pemeriksa (examiner).

7 lagu buat sekarang
  1. Indescribable, Chris Tomlin
  2. Nothing but the Blood, Hillsong
  3. On my knees, Jaci Velasquez
  4. You in me, Juwita Suwito
  5. Only in the dark, Juwita Suwito
  6. Always be my baby, David Cook
  7. Destiny, Jim Brickman

7 perkara yang saya selalu sebut

  1. omigosh!
  2. cool beans!
  3. haaaa???
  4. shucks!
  5. hi, how are you? (ini sememangnya sangat 'aussie')
  6. good thanks! (ini jawapan yang biasa untuk ucapan di atas)
  7. dodgy!!!!

7 perkara yang amat bernilai
  1. Tuhan
  2. Keluarga
  3. Chris
  4. Kawan-kawan
  5. Kesihatan
  6. Masa rehat
  7. Duit

7 pertama kali dalam hidup saya
  1. Pertama kali saya menulis blog dalam Bahasa Melayu (ini saya tiru!).
  2. Pertama kali masak nasi lemak sendiri Jumaat yang lepas.
  3. Pertama kali saya tak balik rumah/jumpa keluarga untuk satu tahun!
  4. Pertama kali makan habis 3 peket ubat tahan sakit untuk sakit perut.
  5. Pertama kali saya gagal dalam ujian di Tingkatan 4 (kimia, dapat 38 markah, sedih giler).
  6. Pertama kali menjadi "LifeGroup Leader" setelah datang ke Adelaide.
  7. Pertama kali membuat kek cawan sebagai "bisnes" untuk Sheena. Sangat gembira dengan hasilnya, sebab mereka sangat berpuas hati.

7 orang bertuah yang ingin mencuba nasib mecabar melayu aku

Tak nak teg siape-siape lah. kalau nak buat, buat lah :)

Sekian sahaja teg ini. Harap kamu semua dapat belajar sedikit Bahasa Melayu dari "blog" ini. haha..

3 comments:

Kiwi-Bird said...

Oh Tuhan ku (OMG)!! Saya rasa amatlah bangga dan terharu! hehehee! Nampaknya BM awak tak teruk la! bagus =)

Anonymous said...

hmm..janji boleh baca. rasanya kamu terlalu lama kat luar negeri, melayu kamu memang cap bahasa baku.

aku rasa ade sikit bangga dengan bm pasal org malaysia fasih dengan banyak bahasa.

jom, kita cuba tulis dalam bahasa istana. pasti gelak giler...

Anonymous said...

kekanda oh kekanda, kanda berada di negeri mana sekian?

di negeri sendiri, atau, di negeri sebelah lautan luas- negeri orang asing?

(let me know when you're back, im done with my studies in penang, currently in kl. call me. 0164720911)